Selasa, 2 Februari 2010

Terima kasih atas suara anda!!


Wira Kita. Saudara Ben Azad bersama Pengurus Ben10 Rovers dan Pengarah Kempen sewaktu pengumuman keputusan pilihan raya MPP 2010/2011

Pertama sekali, jutaan kemaafan dipinta kerana atas sebab-sebab teknikal, blog Vote Ben10 hanya berjaya dikemaskini pada hari ini. Saya harap masih belum terlambat untuk saya, mewakili saudara Ben Azad dan seluruh jentera kempen beliau untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah pertama sekali kepada semua pengundi yang telah turun beramai-ramai pada hari pengundian yang berlangsung pada hari Khamis, 28 Januari 2010 yang lalu. Walaupun peratusan keluar mengundi tidak mencapai sasaran sebanyak 80%, namun peratusan 76.7% yang dicatatkan oleh SPR pada hari pengundian jelas menunjukkan bahawa mahasiswa-mahasiswi FSPPP masih cintakan demokrasi dan bersemangat untuk menyuburkan amalan demokrasi di fakulti kita.

Dalam kesempatan ini juga, saya ingin melebarkan salam kemenangan kepada semua pengundi-pengundi untuk kerusi MPP-FSPPP 2010 yang telah membuat keputusan yang rasional dengan memilih Saudara Ben Azad bin Azman Nasir selaku salah seorang wakil pelajar yang akan mewakili kita ke peringkat tertinggi. Adalah diharapkan bahawa Saudara Ben Azad mampu menggalas amanah dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh warga FSPPP dengan sebaiknya dan mampu pula untuk memartabatkan motto beliau iaitu "Suaramu...Perjuanganku!!"

Isnin, 1 Februari 2010

Saf Baru MPP FSPPP 2010/2011

"Suaramu...Perjuanganku!!!"
Saudara Lokman Hakim (Bob) dan Saudara Ben Azad

Rabu, 27 Januari 2010

JENTERA PILIHANRAYA DILANCAR!!


Jentera Pilihanraya Kampus UiTM Malaysia bagi calon Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Saudara Ben Azad bin Azman Nasir telah dilancarkan secara rasminya pada tanggal 23 Januari 2010 bertempat di Markas Gerakan Pilihan Raya. Serentak dengan Majlis Perasmian tersebut, maka dua unit gerak gempur telah diaktifkan iaitu Ben10 Rovers dan Ben10 Runnerz Team yang masing-masing diketuai oleh Saudara Alif Farhan dan Saudari Liyana.

Selasa, 26 Januari 2010

BEN10 ROVERS MENGGEMPUR FAKULTI!!

Bermula pada hari ini, 26 Januari 2010, secara rasminya jentera BEN10 Rovers yang diketuai oleh Saudara Alif Farhan telah memulakan pendekatan bertemu para pengundi fakulti FSPPP melalui pendekatan secara berhemah, teratur dan mantap.

BEN10 ROVERS akan bertemu anda di kawasan-kawasan yang telah dirancang dan akan turut mengedarkan flyers serta biodata sebagai langkah mendekatkan calon dengan para pengundi. Lebih menarik, calon pilihan raya MPP bagi kerusi FSPPP, saudara Ben Azad bin Azman Nasir akan turut bersama bagi mengutarakan suara dan amanat beliau.

Anda juga berpeluang untuk menyuarakan suara anda demi memantapkan lagi fakulti kita bertepatan dengan motto yang bakal dibawa iaitu "Suaramu... Perjuanganku!!!"
Italic
-Jangan lepaskan peluang berharga ini!!!-

MANIFESTO PILIHAN RAYA BEN10 DILANCARKAN!!

Setelah mendapat permintaan yang sangat hebat dan mengalakkan dari barisan mahasiswa dan mahasiswi fakulti FSPPP, maka secara rasminya MANIFESTO PILIHANRAYA MPP 2010 (BEN10) telah dilancarkan pada jam 1.00 tengah hari, 26 JANUARI 2010 di Bilik Gerakan Pilihan Raya BEN10. Seiring dengan pelancaran manifesto tersebut, maka jentera BEN10 Runners telah mula menaikkannya di seluruh kawasan fakulti yang berlatarbelakangkan warna rasmi JENTERA BEN10 iaitu OREN. Manifestasi tersebut juga dapat dilihat di bahagian kanan blog ini.

Terima kasih dan Salam Perjuangan..

Ahad, 24 Januari 2010

KEHANGATAN KEMPEN DI FSPPP BERMULA

Kerusi panas PRK-2010 UiTM, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) telah mula diserang oleh kesemua 7 jentera calon yang bertanding mulai jam 4.00 petang tadi.

Hasil analisa dan kajian imperatif yang telah dilakukan terlebih dahulu oleh barisan EXCO BEN10, BEN10 Runners atas semangat "Suaramu...Perjuanganku!!" telah berjaya menakluk kesemua kawasan "hotspot" yang terdapat di fakulti. Gelombang oren ini dapat dilihat antaranya di kawasan tangga 'Batu Caves', jambatan Blok C-D dan keempat-empat aras di Blok D.

Sabtu, 23 Januari 2010

BIODATA CALON : BEN AZAD


Pencapaian Peringkat Sekolah (Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang, Selangor) :
  1. Presiden, Kelab Taekwando
  2. Presiden, Firq'ah Hamzah (Rumah Sukan)
  3. Timbalan Presiden, Persatuan Seni Silat Gayong
  4. Pengawas Sekolah
  5. Ketua Murid
  6. Tokoh Kokurikulum 2005
  7. Tokoh Pelajar Cemerlang SPM 2005 -8A
  8. Atlit Selangor (Silat Olahraga)
  9. Anugerah Atlit Selangor (Pencak Silat) 2004
Pencapaian Peringkat Diploma (UiTM Kampus Melaka) :
  1. Komander Madya Kesatria UiTM
  2. Timbalan Presiden Kelab Rakan Muda
  3. Jawatankuasa Sukan Pelajar 2009
  4. Majlis Tertinggi Kelab Insan/Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  5. Pembantu Minggu Mesra Siswa (PMMS)
  6. Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
  7. Tokoh Kepimpinan FSPPP Melaka
  8. Pencapaian akademik: 3.50 (CGPA)
  9. Calon Tokoh Kepimpinan Pelajar UiTM Melaka ( Malam Pra-Graduan 2009)
Peringkat Ijazah Sarjana Muda :
  1. CGPA semasa = 3.40>
  2. Pembantu Minggu Mesra Siswa (PMMS)
  3. Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia
  4. Peserta Kursus ONE MALAYSIA UiTM Siri 04&05 2009
Penglibatan Peringkat Kebangsaan :
  1. Atlit Silat Negeri Selangor (2010)