Selasa, 2 Februari 2010

Terima kasih atas suara anda!!


Wira Kita. Saudara Ben Azad bersama Pengurus Ben10 Rovers dan Pengarah Kempen sewaktu pengumuman keputusan pilihan raya MPP 2010/2011

Pertama sekali, jutaan kemaafan dipinta kerana atas sebab-sebab teknikal, blog Vote Ben10 hanya berjaya dikemaskini pada hari ini. Saya harap masih belum terlambat untuk saya, mewakili saudara Ben Azad dan seluruh jentera kempen beliau untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah pertama sekali kepada semua pengundi yang telah turun beramai-ramai pada hari pengundian yang berlangsung pada hari Khamis, 28 Januari 2010 yang lalu. Walaupun peratusan keluar mengundi tidak mencapai sasaran sebanyak 80%, namun peratusan 76.7% yang dicatatkan oleh SPR pada hari pengundian jelas menunjukkan bahawa mahasiswa-mahasiswi FSPPP masih cintakan demokrasi dan bersemangat untuk menyuburkan amalan demokrasi di fakulti kita.

Dalam kesempatan ini juga, saya ingin melebarkan salam kemenangan kepada semua pengundi-pengundi untuk kerusi MPP-FSPPP 2010 yang telah membuat keputusan yang rasional dengan memilih Saudara Ben Azad bin Azman Nasir selaku salah seorang wakil pelajar yang akan mewakili kita ke peringkat tertinggi. Adalah diharapkan bahawa Saudara Ben Azad mampu menggalas amanah dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh warga FSPPP dengan sebaiknya dan mampu pula untuk memartabatkan motto beliau iaitu "Suaramu...Perjuanganku!!"

Isnin, 1 Februari 2010

Saf Baru MPP FSPPP 2010/2011

"Suaramu...Perjuanganku!!!"
Saudara Lokman Hakim (Bob) dan Saudara Ben Azad