Sabtu, 23 Januari 2010

PENAMAAN CALON FSPPP


Proses Pengumuman Calon yang bakal bertanding untuk PRK-2010 telah diadakan pada hari Jumaat, 22 Januari bertempat di Kompleks Budisiswa UiTM Shah Alam. Sememangnya, pilihan raya kampus UiTM pada kali ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia memandangkan ini adalah kali pertama UiTM bernaung di bawah Naib Canselor yang baru iaitu Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.


Angin perubahan ini juga bertiup kencang ke Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) yang menyaksikan buat kali pertama sepanjang penubuhannya, para pelajar bakal disajikan dengan manifesto daripada 7 calon yang bertanding bagi merebut 2 kerusi fakulti. Menariknya, FSPPP pada kali ini mengemukakan calon antara yang terbanyak berbanding fakulti-fakulti lain. Dalam erti kata lain, jentera-jentera kempen bagi calon-calon yang terlibat seharusnya bijak mengatur strategi dalam misi memenangkan calon masing-masing sepanjang tempoh berkempen iaitu dari 22-27 Januari 2010 ini. Memandangkan persaingan yang bakal dilontarkan adalah sengit, maka adalah diharapkan supaya jentera-jentera kempen pilihanraya FSPPP dapat bergerak secara rasional dan bukannya emosional. Ini adalah penting demi memartabatkan maruah fakulti di segenap peringkat penglibatan. Salam perjuangan dan selamat berkempen!!


-sebahagian dari BEN10 Runnerz yang hadir memberi sokongan-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan